Medianda
– Sahabat medianda semua orang tentu ingin mendapatkan rezeki yang lapang.
Seperti seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup.
Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun
resah dan rasa nak marah jer..kenapa yer ustaz?
Abang
ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz.
Saya ada 3 orang anak…
Saya
beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga
isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mulai kerja sholat 2 rakaat. Nak
buat apapun. Minta pada Allah dulu. Dia diam termenung. Kemudian dia cakap
betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri.
Jawab
saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan
menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama
kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita..
Silaturrahim
asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga
silaturrahim dan menyambungkannya.
Apabila
kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang
kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita..
Saya
lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka
bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan
pasangan, hidup jadi serba tak kena.
Coba
abang mulai dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..
Tak
lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi
mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga
hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka.
Silaturrahim
membuka pintu rezeki…inikan bersama isteri kita yang tercinta.
Dulu
pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat
macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat
buruk kepada isteri tak?
Jawabnya
yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu
rezekinya mencurah-curah.
Sebenarnya
bersyukur dan menghargai ibu bapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling
besar.
Semoga
bermanfaat.
Sumber:Postshare
