Medianda – Sahabat medianda
Makhluk halus seperti jin memanglah ada, namun terkadang kita sebagai manusia
biasa tidak mengetahui keberadaan makhluk halus tersebut.
Mungkin ada yang pernah
dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini. Ummu Sibyan ini adalah merupakan
kaum jin dari jantina perempuan yang suka mengganggu bayi dan anak yang berusia
kurang dari 2 tahun dan juga wanita mengandung, karena itulah anak-anak yang
baru lahir perlu di adzankan terlebih dahulu supaya bayi itu tidak di ikuti
oleh jin ini.
Apa kerja jin Ummu Sibyan?
Kerja dia tidak lain tidak
bukan adalah Mengganggu bayi yang baru dilahirkan dan anak-anak (biasanya
kurang dari 2 tahun) serta wanita yang mengandung.
Jin Ummu Sibyan mempunyai
muka yang mengerikan dengan mata yang besar dan berjalan di dinding seperti
cicak,Ummu Sibyan juga boleh mengikat rahim wanita dan juga membunuh bayi yang
masih dalam kandungan.
Seperti yang di ceritakan
dalam kisah “Jin Ummu Shibyan Dengan Nabi Sulaiman”,jin ini berkata ia bisa
memasuki dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat
dengan tujuan agar kaum itu tidak mengandung.
Diceritakan juga jin ini
masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil, di waktu janin di dalam
kandungannya sedang membesar jin ini akan menendanggnya, maka berlakulah
keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.
Tanda-tanda
bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan.
1. Bayi menangis melalak
(matanya terbeliak memandang ke atas / sudut tertentu)
2. Anak-anak berjalan yang
jatuh seakan-akan ditolak
3. Mengigau sambil
mengatip gigi berulang kali.
4. Demam panas hanya selepas waktu Ashar
hingga sebelum Subuh
Kesan
dari gangguan di atas akan mengakibatkan.
Sawan Tangis
Autisme (Over Hiperaktif)
Nakal tahap Gaban
Terencat akal
Bebagai kompilasi otak.
Tanda
tanda wanita mengandung terkena gangguan jin Ummu Sibyan
1. Rasa sesak dada
terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
2. Kusut fikiran.
3. Sakit di bahagian
tulang-tulang belakang.
4. Mengigau ketika tidur.
5. Bermimpi dengan mimpi
yang menakutkan.
Cara
Elak Gangguan Ummu Sibyan.
1. Tutup Pintu dan tingkap
Rumah Waktu Maghrib
2. jangan angkat atau
masukkan baju yang sudah bermalam diluar
rumah (jemuran tidak kering)
Kaedah
rawatan pada bayi.
Tiarapkan anak, jangan
biarkan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Kursi dan 3 Qul lalu tiup ke
ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.. halaulah dengan bahasa dan bahasa
masing masing seperti contoh( Wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari
rumahku dan jangan ganggu anak-anakku)InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi.
Kaedah
rawatan pada wanita mengandung..
Bacakan doa-doa menghindar
syaitan termasuk doa menghindar sihir seperti (surah al-Fatihah, ayat Kursi,
surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat )pada satu sudu madu
asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.
Boleh juga di bacakan doa
doa pada minyak zaitun untuk di sapukan pada bagian dada dahi dan tulang
belikat sebelum tidur.
Semoga bermanfaat.
Sumber:Tausiah-pedia.blogspot.com